Thursday, July 30, 2009

Note Sejarah.

salam..rni aku di beri tgsn tuk wat note sejarah2 ttg nasionlsme di india.cikgu sruh msukkn ke dlm blog tuk semua cpm tgk.aku hntr email kt cikgu xbleh pon..tah2 dh expired ape email cikgu tu..tp pe2 pon cpm sume bleh tgk kt blog aku ni..dpt ilmu sme2..smoga sme2 bjya.so take note k..for STPM.

Nasionalisme:Pendidikan di India

  • Akta Piagam di perkenal oleh British di India untuk menjadikan pendidikan berteraskan barat.
  • Macaulay telah dipertanggungjawabkan untuk menyebarkan piagam ini di India.
  • Sistem pendidikan barat telah membantu dalam menyatukan rakyat India yang berpecah-belah akibat perbezaan bahasa,budaya dan agama.
  • Sistem pendidikan ini telah melahirkan golongan elit untuk bangun menentang penjajah.
    contohnya:-Mahatma Gandhi & Jawarul Nehru
  • Golongan ini sedar akan diskriminasi yang di jalankan oleh Inggeris dalam perkhidmatan awam kerana jawatan yang diberikan tidak setaraf dengan kelayakan mereka.
  • Pendidikan yang diberikan oleh barat telah membolehkan orang India terpengaruh dengan pemikiran liberal orang Inggeris.
  • Orang India mampu membaca tulisan-tulisan John Steward Mill & Edmund Burke serta ahli-ahli fikir eropah yang mengandungi unsur-unsur nasionalisme.
  • Orang India telah terpengaruh dengan idea-idea kebebasan dan demokrasi,konsep,hak manusia dan individu.
  • Kelas menengah yang berpendidikan,cergas dan bertenaga telah berusaha membawa perubahan kepada kehidupan negara dari segi agama,politik dan sosial.
  • kesannya:Orang India telah bangkit menentang penjajah yang dipimpim oleh Mahatma Gandhi.